"90% daripada wanita yang pernah saya temui, ternyata mampu mengurangkan berat badan mereka sekiranya mampu menambah waktu tidur mereka untuk beberapa jam lagi."-Dr. Pamela Peeke, University of Maryland-
FAKTA TIDUR
Selalunya kita akan terlena dalam jangka masa tujuh minit selepas berbaring di tempat tidur. Manakala kucing pula akan tidur selama antara 16 hingga 18 jam setiap hari!! Dan semakin lama pasangan itu hidup bersama, semakin jauh jarak tidur antara mereka berdua.
4 CARA TIDUR
1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan
bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat
malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak
dimakan.
4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.
Sememangnya tidur amat penting untuk badan kerana ia dapat merehatkan tubuh badan dan juga minda selain memberikan kembali tenaga. Menurut professor neurologi Sekolah Perubatan Feinber, Universiti Northwestern, Dr Phyllias C Zee, “Ada hubungan yang kuat antara kualiti tidur dengan kesihatan fizikal dan mental. Banyak masalah kesihatan berpunca daripada tidur yang tidak sempurna.
Semakin kita membesar, waktu tidur kita akan semakin berkurangan. Lazimnya waktu tidur bayi adalah antara 16 hinggga 20 jam sehari. Apabila umur meningkat ia semakin berkurangan. Waktu tidur bagi golongan kanak-kanak pra sekolah adalah 12 jam manakala kanak-kanak pra remaja adalah 10 jam. Waktu tidur orang dewasa lazimnya adalah 6 hingga 8 jam sehari
Tidur yang secukupnya boleh membantu mengembalikan tenaga seseorang. Di Britain, mereka mengamalkan tidur sebentar antara 5 hingga 10 minit antara jam 4-5 petang. Ini bertujuan bagi mengembalikkan semula tenaga untuk bekerja dan terbukti cara ini berkesan bagi mengembalikan semangat bekerja. Kadangkala, kita sering memandang remeh perkara mengenai tidur, tetapi hakikatnya ia adalah satu perkara yang penting dalam kehidupan seharian.
“Tidur yang sempurna menjamin kehidupan yang bertenaga”
*sumber rujukan Berita Harian
No comments:
Post a Comment